Mengapa anda perlu ada insuran peribadi walaupun sudah dilindungi insuran syarikat

SANGAT PENTING! Saya dah ada Insurans Syarikat, kenapa perlu ada Insurans Peribadi?

Saya sudah mempunyai insurans syarikat dan mengapa  perlu ada insurans peribadi?

Ada diantara prospek saya bertanya kenapa perlu saya ambil insurans peribadi sedangkan saya sudah dilindungi insurans syarikat. Mereka beranggapan tidak ada keperluan dan akan hanya membuat keputasan selepas hampir bersara. Sebenarnya anggapan ini salah.

Alhamdulillah setelah saya jelaskan secara ringkas akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil insuran peribadi.

 Kenapa? Lazimnya insurans syarikat mempunyai pelan perlindungan  yang berbeza. Contohnya syarikat-syarikat besar seperti   PETRONAS atau TNB memberi  perlindungan yang agak baik kepada pekerja dan keluarga mereka,  Caj  yang perlu dibayar oleh syarikat-syarikat ini kepada pihak insurans juga adalah jauh lebih mahal. Ia meliputi perlindungan kematian, Hilang upaya dan kecacatan kekal dan bil perubatan. Akan tetapi perlindungan ini tidak bekekalan dan sebaik sahaja pekerja berhenti atau bersara maka pekerja itu tidak lagi dilindungi.
Apa akan jadi selepas pekerja itu di berhentikan atau bersara dan mempunyai rekod perubatan kurang memuaskan dan mengidap penyakit seperti kencing manis , darah tinggi yang kronik dan sebagainya? Apa akan jadi jika pekerja mendapat penyakit kritikal dan memerlukan kos rawatan yang lebih tinggi daripada kos perubatan hospital yang disediakan oleh syarikat?
Disini ingin saya mengingatkan sekiranya anda telah mengidap penyakit dan baharu nak ambil polisi insuran maka ketika itu pihak insurans tidak dapat lagi meluluskan permohonan anda untuk membeli insurans. Ini bermakna anda terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang mahal itu sendiri. Adakah anda akan mengunakan kesemua wang simpanan KWSP anda?
Jadi, di sini ingin saya nasihatkan agar anda membuka mata dan minda..berfikir sejenak. Apa yang penting dalam kehidupan anda. Suka untuk saya gunakan pepatah ini; jangan nanti dah terhantuk, baru nak tergadah…
Anda tak perlu untuk fikir dua atau tiga kali, lagi. Apa yang perlu anda fikirkan adalah kesejahteraan dan kesihatan keluarga anda pada masa hadapan. Untuk keterangan lanjut mengenai PerlindunganTakaful keluarga, anda boleh hubungi saya ditalian 019 3337313 atau email mdyzid@gmail,com.

The greatest WordPress.com site in all the land!